Assalamualaikum

dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat Blog PSS SMKPC2 serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Blog PSS ini diwujudkan bagi memperkenalkan dan mempromosikan Pusat Sumber Sekolah khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia.

Thursday, July 7, 2011

Projek Mural PSS

Tarikh : 10 - 12 Mac 2011
Projek ini diadakan bagi meningkatkan keceriaan Pusat Sumber Sekolah. Dengan kerjasama daripada 8 orang pelajar terpilih yang dipimpin oleh Pn. Hamidah bt. Mahmod, selaku Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, projek ini dapat dijalankan dengan jayanya. Maka terhasillah mural di dinding Pusat Sumber Sekolah.